.....LIHAT.....DILIHAT.....

My photo
Aku melihat perjalanan hidup ini sebagai sebuah kisah yang panjang tentang pembaikan diri untuk menjadi bekalan berbaloi apabila sudah tiada di'sini'...!

Saturday, December 26, 2009

puncak Gunung NUANG Versus MAJUNYA niaga ; Mana Satu Sampai Dulu?

Memang mendaki sebahagiaan gunung nuang adalah sesuatu yang aku anggap mencabar kepada diriku baik dari segi fizikal dan juga minda..tertutama bagi orang yang mcm diriku ini..tak pernah wat ape2 training tetiba jer nak g panjat bukit yang menaik mcm tu.Kalau zaman belajar dulu mungkin hari2 main bolasepak so dari fitness memang tiada masalah tapi ini sejak kerja sudah jrg2 kuar peluh so apabila kena wat aktiviti fizikal mcm ini tapi terasalah penatnya.

Tetapi semasa aku mendaki aku teringat apabila aku mula2 bekerja sendiri..bagaimana nekadnya aku dulu..dari pendapatan zero hinggalah apa yang aku perolehi skang..segala2nya mencabar..aku perlu mencabar diri aku sendiri,mencabar displin diri,mencabar nasib sendiri,mencabar kelemahan diri,mencabar sifat intovert diri.Kekadang aku hampir menangis uhuk2..

Erm semasa aku mendaki gunung aku andaikan fitness aku dah dikira out..memang dah xbleh buat apa2..tetapi apa yang aku ada hanyalah kekuatan MINDA.MINDA aku dan pertolongan ALLAH SWT mengatasi segala2nya.Keazaman aku untuk menghabiskan misi GUNUNG NUANG tu yang menjadi sumber inspirasi aku.Aku lawan jer,memang dah xpeduli pun perasaan penat walaupun dah ketinggalan ngan rakan2 lain.Aku faham permainan ini,aku mesti mengikut apa yang aku ada.Kalau tak aku kan habis.Aku mesti terus bergerak dan tidak boleh berhenti.

Begitulah juga dalam perniagaan aku.aku anggap pencapaian aku sederhana tapi masih berlaku peningkatan.tidak laju tapi masih boleh diharapkan.Yang menjadi kekuatan aku adalah KEKUATAN MINDA.AZAM DAN IMPIAN aku selalu menyelamatkan aku.KERANA aku teringin sangat apabila orang bertanya kerja apa?aku boleh menjawab dengan BANGGA dan PUASNYA "on my own".Aku tidak akan berhenti berjuang.Sudah jauh aku berjalan semoga tuhan memudahkan perjuangan aku.

Aku memang tidak sampai ke puncak GUNUNG NUANG tetapi insyaALLAH aku pasti akan sampai jua suatu hari nanti.Begitu jugalah dengan perniagaan aku.Mungkin aku tidak sampai ke peringkat yang aku inginkan lagi.Suatu hari nanti mungkin berlaku jua,InsyaAllah.

Sampai sekarang aku masih mencabar lagi diriku.Melihat masa depan dengan sebesar harapan,seribu doa dan rahmat Allah SWT.InsyaAllah usaha atas manusia,tetapi minta kepada ALLAh SWT!

InsyaALLAH aku percaya kepada RAHMAT ALLAH swt akan sentiasa bersama ku.Mungkin tuhan ingin memberi kejayaan2 ini disamping orang yang kusayangi,isteriku dunia dan akhirat(walaupun aku sendiri tak tau sapa bakal isteriku)AMINNN...

"seorang pengecut akan berasa takut dan berputus asa...seorang wira tetap berasa takut,tetapi akan tetap meneruskannya"

ta ta ti ti tu tu...

1 comment: