.....LIHAT.....DILIHAT.....

My photo
Aku melihat perjalanan hidup ini sebagai sebuah kisah yang panjang tentang pembaikan diri untuk menjadi bekalan berbaloi apabila sudah tiada di'sini'...!

Friday, February 19, 2010

Terbitnya Terang;Terbenamnya Kelam

Aku haz_shameer,27 tahun tengah menikmati tahun ini dengan baik dan tenang.Menikmatinya dengan tenang dan lancar.Tiada lagi kecelaruan dalam hidup.Setelah bertahun2...rupa2nya ini perasaan yang tenang dan sangat matang.Aku bersyukur kepada tuhan yang menganugerahkan perasaan ini.Satu perasaan yang sangat halus dan terlalu damai rasanya.Menikmatinya dan terus menikmatinya.Tuhan itu Maha Penyayang,Aku bersyukur kepada mu ya Allah.

Setelah berusaha meninggalkan kebodohan masa silam.Akhirnya baru aku dapat menikmati apa itu kedamaian jiwa.Semoga tahun ini dimurahkan lagi rezeki seperti pada tahun2 lepas dan sentiasa meningkat setiap tahun seperti pada tahun-tahun sebelumnya.Aku rasa tengah menikmati apa itu kekayaan jiwa.Menikmatinya sebaik mungkin.

Ya Allah aku berdoa kepada mu supaya segala2nya baik kepada diri ku, keluargaku dan juga rakan2 ku.

Terbitnya Terang Kedamaian
Terbenamnya Kelam Kecelaruan
Aku Tidak Mengejar Kedamaian
Tetapi Hadirnya Bagai Memahami

Tuhanku Terima Kasih Memilihku
Untuk Memiliki Kedamaian Hati Ini
Ingin Ku Kongsikannya Bersama Ribuan Jiwa
Tetapi Apakan Daya Aku Hanya Hamba

Hey,kecelaruan!Nyah Dari Sini
Biar Aku Talkin Akan Engkau
Pergi.Pergi.Pergi
Aku Sayangkan Kedamaian Ini

Kedamaian Dan Diriku Bertaut
Tuhanku Terima Kasih Sekali Lagi.

Wednesday, February 17, 2010

Tuhan Bantulah aku...

AKU MEMOHON KEKUATAN;
DAN TUHAN MEMBERI AKU KESULITAN2 UNTUK MEMBUAT AKU KUAT.

AKU MEMOHON KEBIJAKSANAAN;
DAN TUHAN MEMBERI AKU PERSOALAN UNTUK DISELESAIKAN.

AKU MEMOHON CINTA;
DAN TUHAN MEMBERI ORANG BERMASALAH UNTUK DITOLONGI.

AKU MEMOHON KEMURAHAN/KEBAIKAN HATI;
DAN TUHAN MEMBERI AKU KESEMPATAN2.

AKU TIDAK MENPEROLEHI APA YANG AKU INGINKAN tetapi AKU MENDAPAT APA YANG AKU PERLUKAN.

(ni aku copy dari somewhere...saja nak share )

sekadar mengisi masa lapang....3


Gambar ni pun jadi mangsa edit aku..ngan famili kat bukit merah



Gambar ni aku save pakai GIF (jadi kualiti dia kurang sikit)..bergambar reramai ngan my sisters and brothers masa kat bukit merah

Thursday, February 11, 2010

Sunday, February 7, 2010

Apa Erti Menikmati Hidup?

Assalamualaikum...rasanya sudah lama tidak updates blog aku ini..entahlah sebenarnya banyak benda hendak ditulis tetapi rasa macam malas jer..macam tiada perasaan jer untuk menulis..

Bagaimana untuk aku melalui hidup ini?..Aku selalu terfikir apakah perlu untuk aku menguasai kehidupan ini atau membiarkan sahaja diriku melalui kehidupan dengan takdir menentukan.Setelah berlaku beberapa peristiwa dalam kehidupan ini aku telah mengambil keputusan memperbaiki pencapaian dalam hidup ini.Melupakan segala kebodohan masa silam dan mengambil langkah berjaga2 untuk menghadapi hari masa depan.

Setelah mengambil kira segala kebodohan masa silam dan perkara2 yang diramal berlaku masa hadapan.Aku harap2 pergerakan kali ini akan menjadi lebih lancar.Sesungguhnya aku memohon kepada Allah swt supaya membantuku melapangkan perjalananku.

Aku memang suka mencabar diriku melakukan sesuatu perkara diluar kemampuan diriku.Bagi ku tiada erti untuk menikmati hidup ini tanpa mengetahui kebolehan diri.Biar tewas selepas berjuang dari tewas sebelum berjuang.

Apalah erti hidup ini?Jika terus melakukan kesalahan bodoh waktu silam.Semoga tuhan membantu ku.Dan harap jua aku tidak memandang remeh perkara yang aku ramal masa hadapan.

Aku adalah Haz_Shameer yang sangat kuat semangat tetapi sangat lemah menghadapi ujian dari Allah swt.Tuhan yang Maha Agung bantulah hamba mu ini.Aminn

Saturday, January 30, 2010

Selamat Tinggal S A O; Selamat Datang NO WHO

Datang dalam hidup bertahun
Pergi dalam sekelip mata
Salam kepergian untuk kedatangan
Terbuka langkah mencari erti

Suasana sunyi mengiringi kepergian
Hembusan angin menyapu kesayuan Januari
Kesayuan januari ditinggalkan lemah
Berpuluh tahun lagi menunggu untuk bahagia

Datang dalam hidup bertahun
Kerana tembok itu tidak pernah runtuh

Pergi dalam sekelip mata
Kerana tiada lagi apa yang ku tunggu

Tiada lagi mimpi kehujanan
Tiada lagi impian sang pencinta
Tiada lagi siang tanpa malam
Tiada lagi malam tanpa siang

Rahmat tuhan menyapa ku
Masa depan memeluk ku
Lemah ku tinggalkan dan gagah ku menuju
Tinggalkan segalanya dalam Januari

Tidurlah disudut ini lara ku
Jangan bangun lagi mencari ku

Selamat tinggal lara jiwa
Selamat datang kepastian

SO LONG!

Tuesday, January 26, 2010

BOLEH LUPAKAN CINTA,TAPI TAK MUNGKIN LUPAKAN DIA!

sayu engkau telah tido
rindu engkau telah tido
cinta engkau telah tido
tido engkau kehujanan

nikmati sayu dalam mimpi
nikmati rindu dalam mimpi
nikmati cinta dalam mimpi
hujan membasahi taman tidoku

aku ketawa dalam tido ku
kegembiraan menemani tido ku
sayu,rindu,cinta
aku nikmati kesemuanya

aku terjaga melihat alam
aku menangis menikmati mimpiku
kerana diluar mimpi aku
aku sedih,penat,sepi

sedih dalam kegembiraan
penat dalam perjalanan
sepi dalam kebisingan
silih berganti atas sebab yang satu

KASIH,CINTA,SAYANG,KEHILANGAN....

namum aku tetap bersyukur
TUHAN SELALU MENYAYANGI KU..

Wednesday, January 20, 2010

REZEKI DAN KEDEKUT

Tetiba jer terlintas hal ini.....

Ermmm dalam bumi yang terlalu kerdil jika dibandingkan dengan galaksi yang terbentang luas dengan bertahun cahayanya..

Tetapi dalam bumi yang kerdil inilah limpah kurnia rezeki yang tuhan anugerahkan kita tidak pernah habis ditelan zaman dan juga tidak pernah habis ditelan ketamakan manusia.Betapa hebatnya ciptaan Allah SWT.

Saban hari kita mendengar jutawan itu dan jutawan ini baru lahir.Tetapi rezeki Allah swt tidak pernah habis malah bilangan jutawan xpernah berkurang.Betapa tingginya ciptaan Allah SWT rezeki tidak pernah surut.

Namum dikalangan kita dan juga diri saya sendiri tidak pernah pandai bersyukur dengan sewajarnya.Kekadang kita terlalu berkira dengan apa yang kita ada.Kita masih ragu2 untuk bersedekah di masjid ataupun surau.Jumlah nilai sedekah kita tak pernah bertambah.Adakah jika zaman belajar dulu kita sedekah RM1 sekarang apabila dianugerahkan pekerjaan yang baik masih bersedekah RM1?.Teruknya kita dan teruknya saya.

Rakan2 semuanya mari kita semua berdoa supaya diri kita menjadi lebih baik dan tidak kedekut.Aminnn

Friday, January 15, 2010

JALAN-JALAN TERJUMPA TAMAN

Abu..berjalan-jalan lagi dalam kegelapan itu...kenapa gelap sangat?..bukan ke tempat ini dulu penuh dengan cahaya kegembiraan?Semua tempat ini basah yang amat sangat.Walaupun berjalan dalam kegelapan yang penuh kehitaman tanpa diteman cahaya matahari,Abu dapat merasakan tempat ini sangat basah.Di tempat ini yang sebesar2 ruang didunia ini hampir kesemuanya basah,basah,basah...

Abu hairan kenapa tuan punya tempat ini tidak menjaga tempat ini dengan baik.Tempat ini memang bersepah-sepah dan kelihatan tidak terurus.Kasihannya.Abu berjalan2 lagi melihat tempat itu.Abu terjumpa punca kenapa tempat itu basah..patutla..punca air mengalir itu datang dari sana.Kelihatan ada sebuah taman disana.Sangat cantik walaupun sedikit malap cahayanya.

Abu menuju ketaman tersebut,memang cantik taman ni..Abu berkata sendirian..Disebalik taman itu Abu melihat sebuah tugu nama wanita yang sangat teguh.Tersangat teguh dan bercahaya bagaikan tidak akan padam apinya untuk selama2nya.Siapakah pemilik nama ini?Mengapa nama dia sahaja berada ditempat ini?Penting sangatkah nama tu untuk tempat ini.Kalau betul nama itu penting untuk tempat ini.Mengapa kesemuanya tempat ini kegelapan dan kebasahan.Tidak cukupkah cahaya yang keluar dari nama tersebut?

DAN barulah Abu menyedari bahawa dia berjalan-jalan dalam HATI Ahmad,sahabatnya.Ahmad apa yang dah berlaku?Kenapa dengan nama tu?Apa yang dah jadi dengan taman yang dibina bertahun-tahun itu?Biar lah Ahmad menjawab kesemua persoalan itu sendiri nanti.Mungkin antara Ahmad dan pemilik nama itu jer yang tahu.Uhuk2

Tuesday, January 12, 2010

Monday, January 11, 2010

Akhirnya terluah Jua...Ahmad dan Arni

"Ahmad dah fikir masak2 ke"?tanya Arni...Ahmad tak menjawab hanya anggukan lemah sahaja sebagai jawapan.

"Kita memang sudah tidak perlu bertanya kabar lagi,sudah lama saya melalui perasaan hati ini.Kita akan terus berkawan tetapi cukup sahaja dalam hati ini.Walaupun kita secara jasadnya mungkin sudah tidak akan bertemu lagi tetapi didalam hati ini persahabatan ini kekal sampai bila2."Ahmad menjawab..

"Arni xsalah cuma saya sahaja sangat lemah dalam hal ini.Persahabatan ini menjadi satu dilemma bagi saya.Saya rasa saya xjujur bersahabat pada Arni.Arni mungkin jujur bersahabat dengan saya tanpa lebih dari itu.Tetapi tidak saya,saya gagal melihat persahatan ini sebagai persahabatan.Saya mengharap lebih daripada itu."Ahmad bersuara lagi.

Sudah lama Ahmad ingin bersuara hal ini pada Arni.Tetapi dia tidak sampai hati.Tetapi akhirnya setelah sekian lama dia pun bersuara walaupun matanya berkaca dengan air mata.

"Apalah Ahmad ko ni memang lemah lah..Kawan jerlah ngan Arni tu.Arni tu baik,cantik pulak tu.Bertahun ko cuba nak berkawan ngan dia tetapi inilah pula jadinya.Ko jangan Menyesal!"Jerit Segelas Teh O Ais Sekuat2nya.

Ahmad memang tidak mampu melihat wajah dihadapannya.Wajah cantik yang dia tidak pernah lupa pada ketika kali pertama dia melihatnya kira2 pada hampir lebih 16 tahun dahulu.

Namun bukan sebab itu faktornya dia menunggu buah yang tidak tahu bila gugurnya...

Dua tahun lebih lepas....

"Awak bangun sahur tak?"tanya Ahmad

"Dah awak.Dah minum segelas air.Stand by letak tepi katil.Bukan ke awak cakap kalau malas bangun sahur kurang2nya letaklah air tepi katil.Berniat dan minum.Ambil fadilat sahur"Arni jawab dalam keadaan mamai2.

"Baguslah tuh.."Ringkas ahmad menjawab.

Suka hati Ahmad mendengarnya.Tetapi bukan itu yang suka hatinya.Tetapi suka hatinya kerana dia yakin Arni gadis yang senang dibawa bercakap asalkan betul caranya.Ahmad tersenyum dalam hati.Harap2 pilihannya tepat.Memang itu nawaitunya


Tetapi kini...

Biarlah tuhan sahaja yang tahu.Ahmad buat keputusan bukan kerana sudah ada pengganti.Tetapi dia melihat sudah tiada harapan pada impiannya.Impiannya mungkin sudah habis tetapi nawaitunya...erm entahlah..tuhan sahaja yang tahu.

"Itulah ko..cubalah luahkan sekali lagi nawaitu tu.Manalah tahu kot rezeki ko.Arni dia cakap dia dah single kan?Ko memang lemah!"Laung si Teh O Limau Suam.

Tetapi Ahmad lebih memahami situasi antara dia dan Arni.Teh O Limau Suam dan Teh O Ais memang xfaham apa yang bergelodak dalam hatinya.

"Takpalah awak kalau ada rezeki dan jodoh kita pasti akan bertemu lagi"kata ahmad.

Petang itu Ahmad terduduk ditepi sebuah pokok.Dia sendiri tidak tahu sama ada hatinya kini sudah berasa lega atau menyesal.Biarlah tuhan sahaja yang membantu jiwanya.Dia hanya mampu berserah diri.Jauh didalam hatinya dia mendoakan yang terbaik untuk Arni.Arni...Ahmad minta maaf sangat.

Saturday, January 9, 2010

Kitaran Hidup Baru Bermula......

Kitaran hidup untuk suku abad kedua baru jer bermula untuk kali kedua.Aku terus melihat kehadapan.Aku ingin melaluinya sebaik mungkin.Menghadapi hari mendatang yang penuh yang dengan tidak kepastian.Banyak kali juga terjatuh tapi kurang kali bangunnya.Kenapa ya?Kurang motivasi ke?Ermm rasanya sangat bersemangat untuk hidup.Faktor lain kot.

Walaupun hidup ini kita jatuh terduduk berkali2 tetapi jangan biarkan terjatuh terlalu lama.Takut nanti hidup ini dah biasa terduduk lama dan tiada peningkatan dalam diri.Hidup ini adalah perjuangan.Dan kita boleh pilih dengan cara apa kita ingin berjuang.Jangan biarkan orang lain menguasai kita.Kita lah yang menguasai diri kita.

Ermmm oklah sempena kitaran baru yang baru hendak bermula ini.Harap2 segalanya baik.Semoga sentiasa dimurah rezeki sebanyak-banyaknya di lautan, atas tanah,dalam tanah,dalam lautan dan juga di angkasa raya.Dan juga dipertemukan jodoh dengan orang yang memahami diriku dan juga aku memahami dirinya.Aminnn

Thursday, January 7, 2010

semuanya TOK GURU kite....

'Weh...ko adalah tok guru aku..aku belajar dalam diam dengan ko mcm mana untuk bercakap didepan orang',kata Abu dengan bersungguh2.

'Betul ke?',tanya Ali minta kepastian.

'Aku belajar dengan cara melihat ko bercakap waktu public speaking.Bukan sahaja ko jer tok guru aku.Ramai lagi rakan2 kita aku anggap tok guru aku,aku improve diri aku dengan cara belajar melihat sekeliling aku',Abu menerangkan lagi kepada rakan baiknya itu.

'Ohhh macam itu ke?Terima kasih bro..Ko pun tok guru aku..'Ali membalas.

Sampai ke rumah malam tu...Ali terfikir kata2 rakannya si Abu.Perbualan ringkas itu sangat bermakna.'Abu ko pun tok guru aku.Ko mengajar aku menghargai nilai2 baik rakan kita',hati kecilnya berkata2 sendirian.

Sejak hari itu Abu mula tingkatkan nilai dirinya dengan belajar MELIHAT nilai2 baik yang ada pada rakan2 sekelilingnya.

Abu belajar dengan Ahmad bagaimana untuk tidak terlalu kedekut dengan diri sendiri dan menghargai diri sendiri.

Abu belajar dengan Ghafar bagaimana untuk menghargai rakan2 sekeliling.

Abu belajar dengan pemandu bas sekolah anaknya bagaimana untuk berkerja dengan seikhlas hati untuk keluarga tercinta.

Abu belajar dengan Nasir cara bagaimana untuk bergaul dengan masyarakat perumahannya.

Abu belajar dengan orang kaya didepan rumahnya yang selalu merendah diri dan menghormati orang.

Abu belajar dengan anaknya sendiri bagaimana untuk menggunakan internet.

Abu belajar dengan Zaki bagaimana tidak terlalu boros dalam belanja harian.

Dan banyak lagi perkara yang telah dia belajar dengan cara 'MELIHAT' sekelilingnya.

Bertahun2 telah berlalu setelah perbualan ringkasnya dengan Abu, rakan baiknya.Selama ini dia tidak MELIHAT sebagaimana Abu MELIHAT sekelilingnya.

'Terima kasih Abu'Hati kecilnya berkata dengan tenang.

Kawan2 sesungguhnya semua kehidupan keliling kita adalah tok guru kita.Marilah kita belajar untuk tukar cara MELIHAT supaya kita sama2 dapat meningkatkan nilai2 baik dalam diri.

Kisah diatas adalah sebuah kisah2 tentang proses pembaikan diri.SEKIAN,TERIMA KASIH!

Tuesday, January 5, 2010

Kecemasan...Wakil Penyebaran Bahasa Melayu Diperlukan Segera!!!!

Perhatikan dua peristiwa dialog ini.Dua2 dialog ini kita sering lalui dan jumpai dalam kehidupan seharian.

1.Peristiwa Di Kedai Membaiki Kereta

Ahmad : Hallo tauke.Lu boleh kasi tengok gua punya kereta.
Tauke Ah Chong : Apa macam lu punya kereta?
Ahmad : Ini kereta pagi2 sudah susah mau hidup,tarak pakai punya kereta.Ini macam susah la mau kerja.
Tauke Ah Chong : Ini macam manyak butul punye problem.Takpa2 nanti gua kasi tengok.
Ahmad : Tima Kasih arr.

2.Peristiwa Di Kedai Dobi

Pak Arab : Good Morning..May i...ermm take my laundry..
Pekerja Dobi : Ya..ya..sebentar..
(Pekerja Indonesia ini memang langsung tidak memahami english dengan baik)...
Pak Arab : How much is this?(Pak arab ni..banyak kali bertanya juga bertanya,maklum minah indon tu xfaham sehingga terpaksa menggunakan bahasa isyarat)
Pekerja Dobi : Ooohhh...7 ringgit ( Sambil menunjukkan isyarat bilangan jari 7 )
Pak Arab : Ok..this my pay..And tq (Sambil berlalu pergi dan geleng2 kepala)
Pekerja Dobi : Terima kasih ya!(sambil tersenyum)

Ulasan Peristiwa Pertama :

Wahai,kawan-kawan!Lihatlah orang kita apabila berkomunikasi dengan kaum lain.Kita tidak pernah menggunakan Bahasa Melayu dengan betul.Kita terikut2 dengan pelat tauke cina itu tadi.Ramai orang melaluinya tapi xpernah melihatnya sebagai satu isu yang sepatutnya dilihat.KITA JANGAN SALAHKAN KAUM LAIN TIDAK BERBAHASA MELAYU DENGAN BETUL JIKA KITA SENDIRI TIDAK PERNAH TEGUH UNTUK MENGGUNAKANNYA.Kita patut jadi contoh dan wakil penyebar bahasa melayu yang betul jika kita ingin bahasa kita berkembang penggunaannya dikalangan kaum lain. Tauke Ah Chong akan terus pelat selagi beliau tidak mendengar lawan tuturnya bercakap dengan nahu yang baik.

Ulasan Peristiwa Kedua :

Aku memang berada di kedai dobi tersebut.Pada mulanya aku ingin membantu tetapi aku mengubah fikiran untuk hanya menyaksikan kesudahan kekalutan drama dwibahasa antara 'ayam dan itik' tersebut.Aku boleh jamin bahawa Pak Arab itu selepas ini pasti akan cuba belajar istilah bahasa melayu untuk memudahkan urusan hariannya disini.Dan yang paling penting Minah Indon itu telah secara tidak langsungnya menjadi wakil penyebaran bahasa melayu.Terima kasih minah indon.

Kesimpulannya :

Jadilah wakil penyebaran bahasa melayu dengan baik supaya kita tidak terus menyalahkan kaum lain atas kekurangan upaya mereka berbahasa melayu dengan baik."Haiya ini mcm susah maa,itu macam ibu ketam mau ajar anak dia mau jalan..dia cakap pun tarak betul.Takpalah janji boleh wang punya"Tauke Ah Chong berbisik dalam hati...Sekian,Terima Kasih.

Monday, January 4, 2010

keputusan projek "RM100 untuk 4 hari"

keputusan :

khamis (31 Dis 2009):
2.60+16.90+7.00=rm26.50

jumaat (1 Jan 2010):
4.20+6.50=rm10.70

sabtu (2 Jan 2010):
4.70+6.50+8.40+1.00=rm20.10

ahad (3 Jan 2010):
3.80+8.00+13.50=rm25.30

Total penggunaan wang : RM82.60 daripada RM100.
Baki yang tinggal : RM17.40

Kesimpulannya :

Alhamdullilah aku berjaya juga mencapai target walaupun menhadapi kesukaran untuk melawan nafsu-nafsi membeli aku..Malah berbaki RM 17.40 lagi.Tetapi seperti kata rakan2 ku...Mungkin kena kurangkan lagi perbelanjaan..Terima kasih atas pandangan anda semua.Disini memang aku memerlukan pandangan anda semua.InnsyaALLAH aku akan cuba kurangkan lagi perbelanjaan aku.Mungkin selepas ini aku kena belanja yang perlu sahaja.

Lihat aku.Melihat 'wang'

Friday, January 1, 2010

WEH Ahmad....jangan mendabik dada KAWAN!

Maafkan jer lah DIA,jika benar DIA melakukan kesilapan!Bantu DIA untuk betulkan kesilapan DIA.Jangan biarkan DIA terus melakukan kesilapan.Pertama kali memanglah kesilapan tetapi seterusnya sudah jadi kesalahan.Oleh itu sekali lagi diingatkan bantu DIA untuk tidak melakukan kesalahan. Aku tahu engkau sekarang berada di pihak yang benar..Jangan mendabik dada sangat..Sekarang ni memanglah engkau yang betul tetapi di kemudiaan hari mungkin engkau pula yang buat silap dan mengharap kemaafan DIA.

TUHAN akan sentiasa menguji kita.Kita akan sentiasa diuji untuk berada dalam situasi 50-50.Hari ini hari kita berada di pihak yang benar..ermm esok kita pulak yang berada dipihak yang salah..Suatu hari nanti engkau pasti akan tergelincir juga sekali-sekala dan pada masa itulah engkau perlukan DIA untuk bangun.Bantulah DIA,tunjukkan kepada DIA yang jiwa engkau besar..

Berdoalah banyak2 yek...TETAPI kalau dia tak menghargai ENGKAU maka tak xdapatlah aku menolongnya hehehee...

SEMOGA ENGKAU DAN DIA BERBAHAGIA DUNIA DAN AKHIRAT!!!