.....LIHAT.....DILIHAT.....

My photo
Aku melihat perjalanan hidup ini sebagai sebuah kisah yang panjang tentang pembaikan diri untuk menjadi bekalan berbaloi apabila sudah tiada di'sini'...!

Friday, January 1, 2010

WEH Ahmad....jangan mendabik dada KAWAN!

Maafkan jer lah DIA,jika benar DIA melakukan kesilapan!Bantu DIA untuk betulkan kesilapan DIA.Jangan biarkan DIA terus melakukan kesilapan.Pertama kali memanglah kesilapan tetapi seterusnya sudah jadi kesalahan.Oleh itu sekali lagi diingatkan bantu DIA untuk tidak melakukan kesalahan. Aku tahu engkau sekarang berada di pihak yang benar..Jangan mendabik dada sangat..Sekarang ni memanglah engkau yang betul tetapi di kemudiaan hari mungkin engkau pula yang buat silap dan mengharap kemaafan DIA.

TUHAN akan sentiasa menguji kita.Kita akan sentiasa diuji untuk berada dalam situasi 50-50.Hari ini hari kita berada di pihak yang benar..ermm esok kita pulak yang berada dipihak yang salah..Suatu hari nanti engkau pasti akan tergelincir juga sekali-sekala dan pada masa itulah engkau perlukan DIA untuk bangun.Bantulah DIA,tunjukkan kepada DIA yang jiwa engkau besar..

Berdoalah banyak2 yek...TETAPI kalau dia tak menghargai ENGKAU maka tak xdapatlah aku menolongnya hehehee...

SEMOGA ENGKAU DAN DIA BERBAHAGIA DUNIA DAN AKHIRAT!!!

Thursday, December 31, 2009

YouTube - Ne-Yo - Never Knew I Needed - Official Music Video

YouTube - Ne-Yo - Never Knew I Needed - Official Music Video

wehhh best giler lagu ni...entahlah tak tau napa...aku suke dengar lagu ini sejak akhir2 ni...

RM100 untuk 4 hari

Entahla semasa aku nak masukkan duit dalam akaun aku pagi tadi..tetiba aku terfikir satu perkara iaitu..Apa kata aku tinggalkan saja RM100 dalam wallet aku dan cuba berbelanja RM100 untuk empat hari bermula 31 disember 2009 sampai 3 Januari 2010 kiranya khamis sampai ahad la ni).

Bermakna aku hanya boleh berbelanja sehari RM25.00 sehari.Aku xboleh naik kereta(kena naik motorlah nampak gayanya),tidak boleh juga makan kat luar terutama sekali restoran minang kegemaran aku,sambal hijau dia memang best (biasanya sekali makan dalam rm7-rm10).Aku juga xboleh makan nasi lemak seksi sambal sotong+sambal petai perghhh..(dlm rm4-rm6).Aku juga xboleh hantar dobi secara berlebihan this weekend uhuk2,aku ada sindrom perasaan "kalau boleh nak basuh semua baju"(sekali hantar 3.5kg-5kg).

Untuk catatan,pagi tadi aku dah berbelanja RM2.60...masih ada RM22.40...Aku akan cuba selama 4 hari ini..Weekend ini aku cuba berhibernasi sebaik mungkin demi untuk mencapai target..uhuk2

Kawan-kawan doakan aku berjaya...!!!!!