.....LIHAT.....DILIHAT.....

My photo
Aku melihat perjalanan hidup ini sebagai sebuah kisah yang panjang tentang pembaikan diri untuk menjadi bekalan berbaloi apabila sudah tiada di'sini'...!

Friday, January 15, 2010

JALAN-JALAN TERJUMPA TAMAN

Abu..berjalan-jalan lagi dalam kegelapan itu...kenapa gelap sangat?..bukan ke tempat ini dulu penuh dengan cahaya kegembiraan?Semua tempat ini basah yang amat sangat.Walaupun berjalan dalam kegelapan yang penuh kehitaman tanpa diteman cahaya matahari,Abu dapat merasakan tempat ini sangat basah.Di tempat ini yang sebesar2 ruang didunia ini hampir kesemuanya basah,basah,basah...

Abu hairan kenapa tuan punya tempat ini tidak menjaga tempat ini dengan baik.Tempat ini memang bersepah-sepah dan kelihatan tidak terurus.Kasihannya.Abu berjalan2 lagi melihat tempat itu.Abu terjumpa punca kenapa tempat itu basah..patutla..punca air mengalir itu datang dari sana.Kelihatan ada sebuah taman disana.Sangat cantik walaupun sedikit malap cahayanya.

Abu menuju ketaman tersebut,memang cantik taman ni..Abu berkata sendirian..Disebalik taman itu Abu melihat sebuah tugu nama wanita yang sangat teguh.Tersangat teguh dan bercahaya bagaikan tidak akan padam apinya untuk selama2nya.Siapakah pemilik nama ini?Mengapa nama dia sahaja berada ditempat ini?Penting sangatkah nama tu untuk tempat ini.Kalau betul nama itu penting untuk tempat ini.Mengapa kesemuanya tempat ini kegelapan dan kebasahan.Tidak cukupkah cahaya yang keluar dari nama tersebut?

DAN barulah Abu menyedari bahawa dia berjalan-jalan dalam HATI Ahmad,sahabatnya.Ahmad apa yang dah berlaku?Kenapa dengan nama tu?Apa yang dah jadi dengan taman yang dibina bertahun-tahun itu?Biar lah Ahmad menjawab kesemua persoalan itu sendiri nanti.Mungkin antara Ahmad dan pemilik nama itu jer yang tahu.Uhuk2

2 comments:

  1. Wahai Taman Ahmad..
    Adakah tidak kau mengerti bahawa dgn kesuburan bebunga di hatimu, harga dan nilai tugu di hatimu akan lebih bermakna..
    X inginkah kau menunjukkan tugu tersebut kpd warismu dalam keadaan tmn yg indah sambil berkata "Inilah lambang kekuatan cintaku", bukannya dlm keadaan yg musnah sambil berkata "Inilah lambang kegagalan cintaku"?
    Bukankah Taj Mahal itu lebih indah drpd Masjidil Aqsa..yg diselubungi kemusnahan dek angkara kelemahan kita?
    Wahai hati Ahmad...hantarlah penggembur terbaik utk menyiram dan menyubur tanahmu..
    Kerana sesungguhnya tuhanmu dan tuhanku amat menyukai KECANTIKAN..

    ReplyDelete
  2. INSYAALLAH taman AHMAD akan berbunga dengan indah...

    ReplyDelete